|
Article ini di ambil dari beberapa referensi buku yg ada di toko buku dan di kutip dr internet
Kajian Air Secara Saintifik
“The True Power Of Water”
oleh Dr Masaru Emoto, pakar perubatan afternatif yangmenggunakan air
sebagai media penyembuhan. Pakar tersebut dibantu oleh Kazuya Ishibasi,
seorang pakar mengambil gambar kristal-kristal air melalui mikroskop
tercanggih.
Dr
Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun telah membuat kajian pada
bulan Mac tahun 2005 juga menulis buku “the Hidden Massage in Water” (
Pesan Tersembunyl di datam air). Melalui kajian demi kajian yang tetah
dibuat oleh Dr Masaru tetah terbukti bahawa air mampu merespons dengan
baik perlakuan dan maklumat yang diberikan kepadanya, datam bentuk
tulisan, gambar bahkan kata-kata atau suara. Bersama
pembantunya Kazuya, kristal-kristal air ditemui terakam dalam gambar
apabila air dibekukan pada suhu -25”C menggunakan kamera berteknologi
tinggi. Bentuk kristal yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung
kepada maklumat yang diberikan kepada air. Menurutnya air mampu merakam pesan, seperti pita magnetik atau compact disk.
Mokekul
air akan membentuk kristal yang paling indah adalah air yang diberi
kata-kata “cinta” dan “terima kasih”. Sebaliknya molekul air membentuk
kristal yang tidak cantik bahkan membentuk lingkaran yang berlubang di
tengahnya apabila dikatakan padanya “kamu tidak berguna” atau “kamu
bodoh” .
Apabila
kita biasa menyatakan terima kasih, sentiasa bersyukur dan dihiasi
perasaan cinta dalam kehidupan, kita telah berjaya membentuk air dalam
tubuh kita menjadi kristal-kristal heksagonal yang sangat bermanfaat
untuk kesihatan kita. Sebaliknya jika keadaan hidup kita sentiasa
tertekan dengan kejahilan, kebodohan, tidak bersyukur, sentiasa
bermusuhan dan membenci, tidak redha dan banyak komen, maka kita tidak
akan pernah mendapatkan kristal-kristal air yang cantik dan indah dalam
badan kita. Kesihatan dan emosi selalu terganggu, sedangkan air
heksagonal sangat berguna untuk mengeluarkan toksid-toksid (
racun-racun) dalam badan kita.
Air
heksagonal adalah air yang berperanan untuk mengikat radikal bebas H+
dan OH. Oleh sebab itu apabila air seperti ini dibekalkan dalam badan
kita atau terdapat dalam badan, maka akah terdapat reaksi atau tindak
balas, rasa tidak sedap badan, bersin, batuk, mual, berpeluh-peluh,
sering buang air kecil mahupun air besar. Reaksi seperti ini adalah
tindak balas yang menggambarkan kemungkinan bertimbunnya toksid dalam
badan kita. Tindak balas ini disebut sebagai detox effect atau
homeostatic.
|